SahabaTercinta

Khamis, 14 April 2011

Surah Al-Qiamat

[1]
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;


[2]
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


[3]
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


[4]
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).


[5]
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).


[6]
Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”


[7]
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),


[8]
Dan bulan hilang cahayanya,


[9]
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,


[10]
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”


[11]
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!


[12]
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.


[13]
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.


[14]
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,


[15]
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).


[16]
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).


[17]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);


[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;


[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


[20]
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.


[21]
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).


[22]
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;


[23]
Melihat kepada Tuhannya.


[24]
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,


[25]
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.


[26]
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,


[27]
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”


[28]

Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

[29]
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;


[30]
(Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).


[31]
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!


[32]
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!


[33]
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.


[34]
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!


[35]
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.


[36]
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?


[37]
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?


[38]
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?


[39]
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.


[40]
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)

Isnin, 11 April 2011

*Aisyah R.A*

*KENAPA ALLAH MENJADIKAN WANITA INI (aisyah R.A) sbgai contoh @ ikutan bg org mukmin @ mukminah????~

  ~kenapa Allah mnjadikannya sbgai model dan fenomena yg jelas bg mereka yg ingin mndptkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dlm kehidupan???
Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mgutamakan berdamping (dgn Allah) drpd menempati tmpat tinggalnya.

Untuk itu, ia rela mmbangkang terhdap ketaatan kpd suaminya, Firaun yg berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dlm istananya yg mewah penuh dgn perhiasan duniawi dn bnyknya para pelayan yg siap melayani smua keperluannyya. Dia lebih memilih tempat tnggi yg lebih kekal, lebih indah dan lebih cntik di sisi Tuhannya yg mengkuasai semesta alam, di dlm syurga yg mngalir sungai-sungai di bawahnya, di tmpat yg telah dijnjikan di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya dia adalah wanita yg agung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mndorongnya utk terus menyeru secara terang-terangan kpd suaminya ~seoorg diktator zalim~ dgn kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya,dia pun diseksa krana mpertahankan keimanannya itu.

Kemudian Allah mnjadikannya sbgai wanita teladan bg stiap mukminah hingga hari kiamat. Allah juga mencatat dan memuji nmanya dalam Al-Quran, serta myanjung perbuatannya dan mghinakan suaminya yg telah mnyimpang dr jln Allah SWT.

"BEKALAN DI SANA ADA SUATU TEMPAT DI BARISAN TERDEPAN TETAPI MENUNTUT ANDA UNTUK MENAMBAH PENINGKATAN KESEMPURNAAN DALAM SETIAP PERKARA YANG ANDA AMALKAN"

Jumaat, 8 April 2011

Tidak...!!

Tidak... anda tidak akan menyia-yiakan umur mu, seperti senaman balas dendam dan berselisih dgn prkra yg              tiada kebaikan di dlm nye..

Tidak... anda tidak akan mghasilkn wang dan mghimpunkan nye dgn mgorbankan kesihatan, kebahagiaan, 
             tidur dan ketenangan anda.
 
Tidak... anda tidka akan mncri-2 kesalahan dan mgumpat org lain serta mlupakan ksalahan dan aib dri sndri

Tidak... anda tidak akn berperngai yg suka mabuk kepayang dgn kesngan hawa nafsu, menuruti segala 
            tuntutan dan keinginan nye.

Tidak... anda tidak akn menyia-yia kan waktu bersma dgn org yg mnganggur dan mbuang waktu utk pkra yg
             sia-sia.

Tidak... anda tidak akn mengambil sikap tak acuh terhdp bdan dan rumah dr bersih, wewangian dan disiplin.

Tidak... anda tidak akn mnum-mnuman yg haram, merokok dan segala sesuatu yg kotor dan najis.

Tidak... anda tidak akn mngingat musibah yg telah berlalu, bncana yg sudh silam, @ kekeliruan yg pernah
             di alami.

Tidak... anda tidak akn melupakan akhirat dan amal utk nye dan alpa terhdap tnda-tnda keberadaannya.

Tidak... anda tidak akn berperngai mmbuang-buang harta bnde dlm perkara-prkara yg haram, berlaku boros
             dalam pkra-pkra yg musibah dan perilaku yg dpt mlupakan pkara-2 ketaatan.

Ya...!!

Ya... dengan snyumanmu yg cntik, yg mengirimkan cinta dan mgutus kasih-sayang bg org lain.
Ya... dengan tutur kata baik anda yg dpt mnjalin pershbatan yg dianjurkan syari'at dan mghapus smua rasa dengki.
Ya... dengan derma yg mmbahagiakan si miskin. myenangkan org kafir mgenyangkan perut yg lapar.
Ya... dengan kesediaanmu duduk bersma Al-Quran seraya mmbaca,merenungi dan mgamalkannya,sambil bertaubat  dan
          beristighfar.
Ya... dengan banyk berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka mmperbaharui taubat.
Ya... dengan mndidik anak-anakmu dgn agama, mgajarkan sunnah nabi dan mmberi petunjuk tntng apa-apa yg 
         bermanfaat bg mereka.
Ya... dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yg diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara utk mjga
         dan memelihara drimu.
Ya... dengan brteman bersma wanita-wanita yg baik dr kalangan mreka yg mmpunyai rsa takut kpd Allah,
         myukai pngalaman agama dan mghormati norma-norma etika.
Ya... dengan berbuat baik kpd kedua org tuanya, myambung persaudaraan, mghormati tetngga dan myantuni anak 
           yatim.
Ya... untuk membaca sesuatu yg bermanfaat dgn mnelaah buku yg mnarik dan berfaedah, buku yg myenangkan dan
         mmberi tuntunan.

Jumaat, 14 Januari 2011

malam ni....

Assalamualaikum..hye smua muslimin dan muslimah skalian..sesiapa yg rse nk p dgr konsert hijjaz scra percume dtg lah kat kemamn..pd mlm ni..skrng dh mule dh..yg dekat blh pergii...bg yang jauh..esk ade prsmian bg mnjayakn ceramah yg dianjurkan oleh PAS..

aktiviti ini dirsmikan oleh Tuan guru nik abdul aziz bin nik mat..esk ceramah akn dimulakan pd pukul 8.30..slps insyak..bg yg rse nk p blh lah p..di~ Geliga..berhadapan dgn sek rendah Geliga..:-)
                                                         
                                                              HARAP MAKLUM

Khamis, 13 Januari 2011

~uuuhh..letih:-)

assalamualaikum..

hari ni pg-pg dh kluar..p temuduga utk kje..jd kerani..kat tmn chukai..

hari ni cuaca snggt bgus..cerah je..tak de hjn dh...Syarikat milik org cina..mule-2 debo jgk nk msuk..pah 2

msuk dlm 2 tgk-2 org melayu ramai kje kat sne...tak lah rse debo sngt..

saya pn tnye lah kak dlm 2..~sy nk mtak kje yg ckp ade kje ksong bg jwtan kerani..pah 2 kak 2 pun bg

kertas utk isi borang...
sy pun isi lah..lps 2,ingt k ade lah interviu ape-2 kan???dh isi borang 2,dy pun ckp..6ti kami akn col ea..

g2 je..huhuhu

sy pun blik lah...............

Balik dr temuduga 2,sy pun bsuh lah van,kotor sngt...bersih sudh..wangi lagi..heheh

setakat ni shje crte pd 13/01/2011...ptg hari khamis yg indah ini...~pukul:5.05ptg:-)

Rabu, 12 Januari 2011

Meraih cinta Allah SWT~

MENGENAL dan mencintai allah adalah amalan yang paling agung dalam hidup ini. Tidak semua orang sanggup

mengorbankan hidupnya untuk berjuang mengenal dan mencintai Allah. Tak kenal maka tak cinta, demikian

peribahasa. Oleh itu orang yang cuba mengenal (MA'RIFATULLAH) akan menemukan cinta yang hakiki dan sejati.

Ma'rifatullah atau mengenal Allah wa Jalla merupakan ilmu yang paling utama. Kedudukan dalam islam sangat

penting, tinggi dan mulia kerana ia merupakan asas dalam membangunkan segala amal dalam kehidupan. Kita

engenal Allah melalui 3 cara iaitu, melalui ULUHIYYAH ALLAH, RUBUBIYYAH ALLAH dan 

ASMA'WAS SIFAT ALLAH.

Isnin, 10 Januari 2011

Al-Fatihah

assalamualaikum..01/01/2011 pd ptg hari sabtu,kami sekeluarga dikejutkan dgn berita kematian mok cik za..iaitu mak spupu sy...sblum hari sabtu,sy ade pergi melawat dy kat hspital besar kemaman...mse 2 dy sakit..disebabkan alahan kerana mngandung 6 bulan...sy pergi mlwat nye 2 kali bersame dgn ummi..

kami bercakap mcm biase...dy tnye saya kje tak lagi???sy ckp tgh cri kje..tak dpt lagi..ok lah mse 2..
dan keesokan hari nye dy blh kluar hspital..dan apabila pok su zi(suami arwah) mghantar msg mgatakan beliau skrng kritikal dan berada di hspital alor akar di kuantan..
mse 2 kami terkejut sngat..dan doktor mengatakan bhawa arwah mngalami kanser payu dara..dan merebak k hati arwah...
beliau smpat melahir kan anak lelaki yg tak ckup bulan...tetapi meninggal dunia..slepas beliau mlahirkan anak..tak lame beberape minit beliau mnngal dunia...berita ini amat mngejutkan dan mnyedihkan...
tapi ape nak buat..Allah lbh mnyayangi nye..
arwah meninggalkan 3 org anak..1 prempuan dan 2 laki...
al-fatihah pd arwah mok cik za..:-)
smoga roh nye dicucuri rahmat keatas nye..dan di tmpatkn di kalangan org-2 yg solehah..amin..amin...

Selasa, 28 September 2010

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama :
Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat :
Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima :
Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam :
Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah

Ketujuh :
Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat

Kesembilan :
Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Kata-kata semangat buat aku:-)

Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria

Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu

Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini kedepan bertanya berita

Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang

Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma

Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih
yang engkau janjikan kepadaku itu
tidak ikhlas

Inginku ketepikan
rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia
bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria

Yang lebih utama
terus membuktikan
kukuh kedudukan
usung kejayaan



Jumaat, 24 September 2010

Untuk rakan-rakan ku blog:-))

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya,
padaMu, agar bertambah,
Kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati,
Seseorang hatinya yang tertaut,
padaMu agar  tidak terjatuh aku,
dalam jurang cinta nafsu…………..
Ya Rabbana jika kau jatuh,
Hati, jagalah hatiku,
Padanya agar tidak,
Berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati jika aku
Rindu, rindukanlah aku
Pada seseorang  yang
Merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati
Cinta kekasihMu,janganlah
Kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya
Bermunajat seperti tiga malam
         TerakhirMu……..
Ya allah jika aku jatuh hati
Pada kekasihmu,jangan biarkan,
Aku tertatih dan terjatuh dalam,
Perjalanan panjang menyeru,
Manusia kepadamu…
Ya allah,jika kau halalkan aku,
Merindui kekasihmu,jangan biarkan,
Aku melampaui batas sehingga,
Melupakan aku pada cinta hakiki dan,
Rindu abadi hanya kepadamu,
Amin…
Doaku…moga
Kita sama-sama
Berjaya di dunia
Dan akhirat…
Berjaya dalam
Mengharungi segala
Dugaan dan
Cabaran…yang
Sememangnya menguji
Kekuatan iman…
Kerana tapak
Iman itulah yang
Menemukan cinta
Yang selama ini
Telah hilang…
Semoga cinta yang dicari
Telah ditemui…semoga
Allah meletakkan kita di
Bawah payung rahmat
Kasih nya…insyaallah..

Cara Meningkatkan Kualiti Cinta Dan Khusyuk

Seorg ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertnya kpd org yg dianggapnya lbh ibadahnya, demi utk memperbaiki drinya yg selalu dirasainya kurng khusyuk.

Pada suatu hari, ISAM menghadiri mjlis seorg abid bernama HATIM AL-ASSAM dan bertnya, “wahai Aba Abdurrahman, bgaimnakah caranya tuan solat??” Hatim berkata “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”

Isam berkata, “Bagaimnakah wuduk zahir dan batin itu??”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu mmbasuh smua anggota wudhuk dgn air. Sementara wuduk batin ialah mmbasuh anggota dgn 7 perkara :

1~ BERTAUBAT
2~ MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
3~ TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA
4~ TIDAK MENCARI/ MENGHARAP PUJIAN ORANG (RIYA’)
5~ TINGGALKAN SIFAT BERBANGGA
6~ TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
7~ MENINGGALKAN SIFAT DENGKI


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi masjid, aku kemaskan smua anggotaku dan mghadap ke kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaann dan aku rsakan aku sdang berhdapan dgn Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut di belakangku, dan aku byangklan pula kau seolah-olah bdiri di atas titian “SIRATAL MUSTAQIM” dan mganggap bhwa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dgn baik. Setiap bacaan dan doa dlm solat ku fhami mknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dgn tawadhuk, aku bertasyahud dgn penuh pgharapan dan aku mmberi salam dgn ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila ISAM mendgr mngislah dia krana mmbyngkan ibadahnya yg kurang baik bila dibndingkan dgn Hatim. Ibadah yg kurang baik bermkna cinta yg kurang berkualiti. Oleh itu mari kita tngkatkan cinta kita kpd Allah dgn meningkatkan kualiti ibadah dan solat kita…
~INSYALLAH~

takbir...raya



“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”


“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”


“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”


“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Assalamualaikum

                                    ku mempunyai adq yg bergitu cute dan meriah je jumpe dy...
                                                   Nufatin Naqibah Ammar binti mohd nasir

                                                                  miss u lah adq...
                     kami p mkn pizza...demi prmintaan adq ku sorg ni...sy pun p lah mkn pizza dgn dy..
                                                            suke sngt dy blh mkn pizza..
                                                 me dgn adq ku yg mnja ni...:-)miss u atyn:-)
                                                                   Ever n ever
                                                                 sayang adq ku ni sorg

Rabu, 1 September 2010

Tudung labuh itu indah:-)

Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila

dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia

sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan

tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu

mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar  - benar membuatkanku berfikiran jauh. Aku

bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor –

faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

Menemui Jodohku
 Beberapa temanku yang mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak

dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.

Suamiku mengakui antara factor yang menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting

adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang

mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri
yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala masa

terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya

melalui luaran, contoh reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang

pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung.

Mana yang kita pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua – dua dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir – fikirkanlah.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
 Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.”
“
 Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata –

kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung

labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.



allah Pictures, Images and Photos