SahabaTercinta

Selasa, 28 September 2010

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama :
Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat :
Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima :
Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam :
Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah

Ketujuh :
Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat

Kesembilan :
Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Kata-kata semangat buat aku:-)

Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria

Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu

Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini kedepan bertanya berita

Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang

Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma

Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih
yang engkau janjikan kepadaku itu
tidak ikhlas

Inginku ketepikan
rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia
bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria

Yang lebih utama
terus membuktikan
kukuh kedudukan
usung kejayaan



Jumaat, 24 September 2010

Untuk rakan-rakan ku blog:-))

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya,
padaMu, agar bertambah,
Kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati,
Seseorang hatinya yang tertaut,
padaMu agar  tidak terjatuh aku,
dalam jurang cinta nafsu…………..
Ya Rabbana jika kau jatuh,
Hati, jagalah hatiku,
Padanya agar tidak,
Berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati jika aku
Rindu, rindukanlah aku
Pada seseorang  yang
Merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati
Cinta kekasihMu,janganlah
Kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya
Bermunajat seperti tiga malam
         TerakhirMu……..
Ya allah jika aku jatuh hati
Pada kekasihmu,jangan biarkan,
Aku tertatih dan terjatuh dalam,
Perjalanan panjang menyeru,
Manusia kepadamu…
Ya allah,jika kau halalkan aku,
Merindui kekasihmu,jangan biarkan,
Aku melampaui batas sehingga,
Melupakan aku pada cinta hakiki dan,
Rindu abadi hanya kepadamu,
Amin…
Doaku…moga
Kita sama-sama
Berjaya di dunia
Dan akhirat…
Berjaya dalam
Mengharungi segala
Dugaan dan
Cabaran…yang
Sememangnya menguji
Kekuatan iman…
Kerana tapak
Iman itulah yang
Menemukan cinta
Yang selama ini
Telah hilang…
Semoga cinta yang dicari
Telah ditemui…semoga
Allah meletakkan kita di
Bawah payung rahmat
Kasih nya…insyaallah..

Cara Meningkatkan Kualiti Cinta Dan Khusyuk

Seorg ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertnya kpd org yg dianggapnya lbh ibadahnya, demi utk memperbaiki drinya yg selalu dirasainya kurng khusyuk.

Pada suatu hari, ISAM menghadiri mjlis seorg abid bernama HATIM AL-ASSAM dan bertnya, “wahai Aba Abdurrahman, bgaimnakah caranya tuan solat??” Hatim berkata “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”

Isam berkata, “Bagaimnakah wuduk zahir dan batin itu??”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu mmbasuh smua anggota wudhuk dgn air. Sementara wuduk batin ialah mmbasuh anggota dgn 7 perkara :

1~ BERTAUBAT
2~ MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
3~ TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA
4~ TIDAK MENCARI/ MENGHARAP PUJIAN ORANG (RIYA’)
5~ TINGGALKAN SIFAT BERBANGGA
6~ TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
7~ MENINGGALKAN SIFAT DENGKI


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi masjid, aku kemaskan smua anggotaku dan mghadap ke kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaann dan aku rsakan aku sdang berhdapan dgn Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut di belakangku, dan aku byangklan pula kau seolah-olah bdiri di atas titian “SIRATAL MUSTAQIM” dan mganggap bhwa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dgn baik. Setiap bacaan dan doa dlm solat ku fhami mknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dgn tawadhuk, aku bertasyahud dgn penuh pgharapan dan aku mmberi salam dgn ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila ISAM mendgr mngislah dia krana mmbyngkan ibadahnya yg kurang baik bila dibndingkan dgn Hatim. Ibadah yg kurang baik bermkna cinta yg kurang berkualiti. Oleh itu mari kita tngkatkan cinta kita kpd Allah dgn meningkatkan kualiti ibadah dan solat kita…
~INSYALLAH~

takbir...raya



“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”


“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”


“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”


“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Assalamualaikum

                                    ku mempunyai adq yg bergitu cute dan meriah je jumpe dy...
                                                   Nufatin Naqibah Ammar binti mohd nasir

                                                                  miss u lah adq...
                     kami p mkn pizza...demi prmintaan adq ku sorg ni...sy pun p lah mkn pizza dgn dy..
                                                            suke sngt dy blh mkn pizza..
                                                 me dgn adq ku yg mnja ni...:-)miss u atyn:-)
                                                                   Ever n ever
                                                                 sayang adq ku ni sorg

Rabu, 1 September 2010

Tudung labuh itu indah:-)

Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila

dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia

sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan

tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu

mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar  - benar membuatkanku berfikiran jauh. Aku

bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor –

faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

Menemui Jodohku
 Beberapa temanku yang mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak

dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.

Suamiku mengakui antara factor yang menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting

adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang

mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri
yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala masa

terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya

melalui luaran, contoh reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang

pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung.

Mana yang kita pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua – dua dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir – fikirkanlah.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
 Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.”

 Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata –

kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung

labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.



19 kebaikan wanita

Mungkin terdapat banyak hadis yang menyatakan wanita lebih ramai menghuni neraka, namun janganlah kamu bersedih wahai muslimah. Selagi dirimu menjadi kekasih Allah dan rasul-Nya, kedudukanmu amatlah mulia. Di sini saya senaraikan 19 kebaikan tentang kamu!

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.