SahabaTercinta

Rabu, 30 November 2011

NURALYA BATRISYIA


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya
diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka surat novel tersebut.

Tertulis disitu "Nuralya Batrisyia...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati si jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu lalu menulis sepucuk surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis tersebut. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat kirimanbalas daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil demi tugasnya sebagai anggota tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu lagi dengan si gadis.

Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi
"Andai Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."


Maka pergi lah si  jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangannya. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi kulit bersopak dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Dua kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah, sebelah matanya buta... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Nuralya Batrisyia?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan sambil tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata
"Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

Si gadis itu terus bersuara..
"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di kerusi hujung restoran dekat stesen keretapi ini."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah NURALYA BATRISYIA... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Mengadaikan agama kerana dunia


Mungkin tidak terfikir kita dengan semua ini namun dari setiap patah kata keluar dari mulut Rasulullah ternyata dan terbukti di zaman sekarang.
Daripada Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan harta benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa. Ulama jenis ini bercakap menggunakan ayat suci al-Quran semata-mata demi kepentingan sendiri, selain sanggup memutar belit ayat suci Allah SWT bagi meraih keuntungan dunia.

Pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a.


Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh pernah menulis kepada panglima Saad bin Abi Waqqash radhiallahu 'anh, ketika beliau menghantarnya untuk membuka Parsi. Teks pesanannya adalah seperti berikut:

1. Takwa Kepada Allah.
"Saya suka berpesan kepada anda dan bala tentera yang bersama dengan anda agar sentiasa bertaqwa kepada Allah pada setiap ketika dan keadaan. Taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan dalam menentang musuh dan sebaik-baik tipu helah dalam peperangan.


2. Meninggalkan Segala Bentuk Perbuatan Maksiat.
Saya suka berpesan kepada anda dan sekalian tentera di bawah pengawasan anda agar menjaga diri dari perbuatan maksiat anda sendiri daripada menjaga serangan musuh, karena dosa-dosa para tentara itu lebih menakutkan berbanding dengan musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini nescaya orang-orang Islam tidak mempunyai kekuatan, kerana bilangan dan kelengkapan kita tidak sama dengan bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama saja dengan mereka dari segi melakukan maksiat, mereka mempunyai kekuatan yang lebih untuk menentang kita. Jika kita tidak mengalahkan mereka dengan kelebihan yang kita miliki itu, nescaya kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan yang kita miliki. Ketahuilah anda sekalian, sewaktu kamu berangkat ke Parsi setiap dirimu diawasi oleh malaikat Hafazah yang mengetahui segala perbuatanmu. Kerana itu hendaklah anda berasa malu kepada mereka. Dan janganlah berbuat maksiat di tengah-tengah kamu berjuang menegakkan agama Allah, begitu pula jangan beranggapan bahwa musuh kita lebih jahat daripada kita sehingga tidak mungkin mereka menguasai kita walaupun kita berbuat jahat. Boleh jadi sesuatu kaum itu dikuasai oleh kaum yang lebih jahat daripada mereka, sebagaimana kaum kafir Majusi pernah menguasai Bani Israel, disebabkan maksiat yang dilakukan oleh Bani Israel itu sendiri.

3. Mohon Pertolongan Kepada Allah.
Sentiasalah memohon pertolongan daripada Allah untuk diri anda sekalian dari godaan maksiat, sebagaimana anda sekalian memohon kemenangan dari-Nya dalam menentang musuh-Nya. Mohonlah pertolongan itu untuk kami dan juga kamu.

DUHAI JODOHKU


Ya Allah,

Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.


Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.
Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Pesanan SHEIKH AHMAD YASSIN


✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*

¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH s.w.t. dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian.

•*¨*•♥♥*¨*♥•♥**¨*♥•♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨
*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni,
mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH S.W.T. dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan
hijab secara jujur dan betul.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan
membuat perancangan untuk masa depan.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Berpeganglah kepada agama kalian.
Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
allah Pictures, Images and Photos