SahabaTercinta

Selasa, 28 September 2010

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama :
Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat :
Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima :
Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam :
Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah

Ketujuh :
Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat

Kesembilan :
Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

allah Pictures, Images and Photos