SahabaTercinta

Ahad, 26 Jun 2011

Abang Tunggu Mak Di Syurga

Mak pndang jenazah abg yg terbaring kaku.walaupun muka abg sembap,perut membusung,nmun mak nmpk ktenangan pd wajah abg.


 Mak ambil pisau.Mak potong baju-T yg tersarung pd tubuh abg,baju terakhir yg abg pkai. Mak terpksa ptong krana bju itu tidak muat utk melalu perut abg yg "buncit'.


Tapi mak akn smpan bju itu. Mak tak cuci,sesekali blh mak cium bju itu, sekadar pngubat rndu di hati. kemudian, abah kendong tbuh abg kepangkin yg telah di sdiakn. Lalu abah dan mak memandi kan jenazah abg. hanya kami berdua. Mak tak mahu org lain. Biar tgn abah dan mak yg mnjirus kan air buat kali trakhir pd tbuh kecil abg.


mak nmpak ank mata abah berkaca-kaca, setitis 2 air matanya tumpah, mengalir dipipi, tp cepat-2 abah sapu dgn lengan sasarnya.


"Bang, jgn menangis. Kita selesai kan hngga ketitisan terakhir," bergitulah kata mak pd abah.Setelah abg di mndikan, mak bantu abah kapan kan jenazah abg. Pun hanya kami berdua juga. Biar tgn kami sahaja yg memakai dan mmbalut kn kain terakhir pd tubuh abg.


"Kakak jgn mengis. Tak baik buat abg mcm tu!
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abg buat kali terakhir. Abah pula selepas mngucup dahi abg, cepat-cepat abah menjauh memaling kan muka.


Mak nmpk air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abg. MAk snyum, lantas kucup dahi abg


Mak bisikan :" ABANG TUNNGU MAK DI SYURGA YA!"
Akhir nya, wajah abg di tutup. Kami smbhyg kan abg buat kali terakhir. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah drpd tetamu yg dtg. Abg nk thu, ada satu soalan yg mereka tnya pd mak. 


Soalan itu asyik terngiang-giang di telinga mak. Tnya mereka :" Kakak uruskan jenazah ank kandung sndiri, tapi setitis air mata tak jtuh kepipi??Kenapa kakak tidak mngis?" Itu lah soalan mereka.


Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tntng soalan mereka itu. Mak tak thu nk jwb mcm mna. Kemudian, mak nmpk sbuah diari di atas para di sudut ruang tamu.


Lantas mak capai diari kecil itu. Di dlm nya tercatat sgala pristiwa yg berlaku spnjng 4 tahun 2 bulan mak mmbesarkan abg.


Mak membaca diari ini bagaikan meruntun jiwa mak kmbali mngenangkan pjlan derita abg sjak lahir hingga mehembuskan nafas terakhir.

       
JANUARI 2011
Perut abg semakin membusung kerana hati membengkak. Kata doktor, smua organ dlman abg sudh rosak, sudh reput. Tak blh di selamat kn lagi.
Tidak mengapa hati mak berkata-kata, ckup lah! tidak akn ada lagi pembedahan utk abg! 


26 FEBRUARI 2011
Hari ni hri ulang tahun keempat abg. 2 hari sblum itu, mak tnya, abg nk kek apa? Abg jwb, nak kek lori sampah! ha ha tergelak mak. Abg suka sngt lihat lori smpah yg lalu setiap pg depan rumah. Sebab tu abg nak kek bentuk lori sampah.
Puas mak dan abg melilau sekitar kuala Lumpur, tapi tak jmpa kek mcm tu.Tak ada yg snggup buat kek mcm abg mntak.
Mak kecewa! slama ini, mak tunaikan apa sahaja pmintaan abg, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sbgai pnganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abg msh tersnyum dan tampak ceria melayan rakan-2 yg dtg, sama-sama mnyayikan lagu hari jd utk abg. Dan ketika itu, hati mak sudh terdetik, mugkin ini hari  jdi terakhir utk abg!


7 MAC 2011
Keadaan abg makin kritikal. Perut abg smakin besar. Abg tak mmpu nk bergerak, lebih bnyk terbaring dan ayik sesak nafas. Kata doktor, tiada apa yg blh dilakukan lagi. 
Abg hnya menanti waktu. Mak angguk pelahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudh berkata, masa abg tidak lama lagi. 
Para ibu di wad tersebut asyik bertnya pd mak mcm mna dgn abg? Mak jawab :" InsyAllah, abg akn sihat!" 
Mak terpaksa ckp bergitu pd mereka, sbb mak tak mahu mereka smua lemah smngat jika mereka tahu abg sudah tiada harapan lagi.


13 MAC 2011
Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor utk bawa abg pulang ke rumah. doktor izin kan..biarlah abg habis kan waktu-2 terakhir bersama kluarga..dan di saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa sahaja permintaan abg. Di rumah, setiap hari mak akn bertnya: "Abg nk apa hari ni?" 


Mak masih ingt pd satu pg,Abg mnjawab :" Mak, abg nk nnaik kreta bomba!" Mak temenung dgn permntaan abg. Bila abah pulang ke rumah terus mak ajak abah kluar. Abah tnya pergi mana?Mak jwb :" Balai bomba!"
Smpai di situ, mak minta izin pngawai bomba . Mak kata, abg teringin nnk merasa naik ke dlm trak bomba. Pengawai garu-garu kepla, kemudian mengeleng-gelengkan kpla.


Belum smpat pengawai bomba itu mnjawab, lantas mak tarik baju abg ke paras dada. separuh berbisik, mak beritu pngwai itu :" Encik, ini ank bgsu sy dan hnya menanti masa utk pergi! benarkan saya tunaikan impian terakhir ini!"


Bila lihat perut abg, yg buncit dan dada di penuhi kesan parut dan jahitan, pngawai iti tak tggu lama. terus di smapinya kunci, di buka pintu salah satu trak bomba itu.


Di dukung abg letak kan keatas tmpat duduk bhgian pmandu. abg nmpak gembira sngt biar pun cuma 15 minit abg di dlm trak itu. Abg tak perasan, mak paling kan muka lima saat. Sekadar mahu mngelap titisan air mata yg mula bertakung.


Hari lain, mak tnya lagi:" abg nak apa?" abg jawab:" abg nk naik lori smpah!" Mak dukung abg tunggu depan rumah. Bila lori smpah lalu pg itu mnjalan kan rutin nya mengutip smpah, mak tahan lori itu."Encik, anak sy teringin naik lori ini. Boleh izin kn sbentar?"

Pekerja itu tertawa mndgr kata-kata mak. Kemudian,mak angkat baju abg yg mmberi tahu perkara sama. berubah mimik muka mereka.Segera mereka angkat abg, letak kan di tempat duduk pmandu. Ada antara pekerja itu yg memalingkan muka, tak snggup lihat abg lama-lama sedih agak nya.Bergitulah seterusnya,setiap hari mak akn tnya pertnyaan yg sama. abg kata nk tegok gajah...mak bwk abg pergi zoo,walaupun abg tak larat jln,tak apa.mak dan abah tak kisah.kami silih berganti dukung abg.


abg kata nk tgk burung, mak bawa ke tmn burung.abg kata nak naik permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yg ada permainan sperti itu. Ke mana saja abg nk pergi,smuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak akn tnya abg nk mkn apa. Macam-mcm abg teringin nk mkn. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol,air tebu air bandung, rojak dan mcm-mcm lagi, smuanya mak tunaikan walaupun mknan itu abg pinta pukul 3.00 pagi!


Apa saja yg teringin di tekak abg, smua mak cari walaupun abg sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abg pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham masa abg bersama mak dan abah semakin suntuk!



27 MAC 2011
Abg semakin kritikal, nk berckp pun terlalu lemah, apatah lagi utk bergerak.Mata abg kuyu, hnya terbaring smbil memeluk Aina,anak patung kesygan abg. Mak ajak abah bawa pulang ke hspital.
"Kali ini kita bawa abg ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dgn tubuh abg yg sudah tak bernafas!"
Itu kata-kata mak pd abah sebeluum bertolak k IJN. Mak  mahu abah bersedia dan redha jika pa-apa berlaku. Sampai di IJN, abg terus ditempatkan di wad khas utk persakit kritikal.


5 APRIL 2011(SELASA)
Mak telefon sekolah asrama kakak yg sulun di Seramban. Mak minta pelepas drpd cikgu utk benarkan kakak pulang. "Adik dia tenat. Sya mahu kakak-kakaknaya berada di smpingnya pd saat-saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pd cikgu dan kakak diizinkan pulang pd hari ini. Kemudian, DR.Adura, doktor yg sinonim merawat abg dtg melawat.
Mak memang rajin bercerita dgn Dr.Adura. Kebetulan mak ceritakan yg mak terkilan tdak dapat tunaikan permintaan abg mahukan kek berbntuk lori smpah.


7 APRIL 2011(KHAMIS)
Pagi ini Dr.Adura dtg melawat abg.Kemudian Dr.Adura beritahu ada suprise utk abg tgh hari.Rupa-rupanya, tgh hari itu dtg tetamu yg juga rakan-rakan alam maya dr.Adura mmbawa kek lori yg abg mahukan sblum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sngka, Dr.Adura tulis dlm blognya kisah abg dan ramai yg mahu mnyedihkan kek yg abg pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor mnyanyikan lagu selamat ulang tahun utk abg. Tapi abg kurang ceria, wajah abg tampak letih dan nafas abg turun naik.


8 APRIL 2011(JUMAAT)
Tengah hari ini, msh ada lagi tetamu dtg mmbawa kek berbntuk lori warna pink utk abg. Tapi abg smakin lemah. Abg sekadar terbaring merenung kek itu.


Malam itu, semasa jururawat mngambil tekanan darah abg, bacanya mningkat naik. Tapi hati mak dpt rasakan abg sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hnya mak berdua dgn abg di dalam bilik.
Mak pndang sayu wajah abg yg smakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abg, mak peluk dan usap rmbut abg. Mak mngis teresak-esakbagai ank kecil.


Dalam tangis itu mak katakan pd abg :" Mak tahu abg nk senangkan hati mak. Abg tak perlu buat mcm tu. mak tahu abg nk pergi.


"Jangan tahan-tahan abg. Pergilah .Mak sudh sedia,mak redha segalanya. Mak puas dpt sempurnakan apa saja hajat yg abg pinta. Mak juga bngga kerana Allah hadirkan kerana Allah hadirkan abg dlm hdup mak walaupun seketika!"


Abg hnya diam, memandang mak dgn pndangan lesu. Dan ketika itu mak menangis spuas-puasnya. Dan mak menjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya,mak tidak akn mngis lagi biarpun abg sudh tiada lagi di dunia ini.



9 APRIL 2011
Pagi itu mak pesan pd abah agar bawa smua anak-anak dtg ke hspital. Masa abg dh dekat sngat. Mak lihat abg dah kritikal. Wajah abg sudh tampak biru,lebam! Dada berombak, tercungap-cungap mnarik nafas.
Abang dh tak mampu bercakap lagi sejak mlm td. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.


Mak suruh kak long bacakan Yasin di sebelah abg. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisannya.


Pukul 3.00 ptg, abg makin lesu, lantas mak ajak abg kluar berjln-jalan.
"Abg, nk tgk matahari tak?JOm kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abg hnya mengangguk lemahh. Mak dukung abg dan kita satu keluarga turun ke kantin. abg mahu minum air coklat. Tapi abg hanya minum seteguk. Kemudian, abg lentukkan kepala pd bahu mak.
"Abg, tu tengok kat luar tu?Nampak tak sinar matahari tu?Cantikkan?"
Mak tunjuk pd abg sinar matahari yg kelihatan di celah-celah rintik hujan yg turun waktu itu.
Abg angkat kepala melihat ke arah matahari itu. Kemudian, abg menguap.
"Abg ngantuk!" Itu kata abg dan kemudian abg terlentuk semula pd bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup laju. "Bang, jom naik. Abg nk 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad wlaupun mreka belum sempat jamah mkanan di atas meja.
Mak tahu, masa abg sudh hampir tiba!


Sampai di wad,mak baringkan abg atas katil. Dan abg trus merintih dalam nada yg lemah:"Makkk...sakit perut...!"
Suara abg perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tgn mak atas dahi abg.
"Abg, hari ini, waktu ini, mak redhakan abg pergi. Mak halalkan segala makan minum abg. Mak halalkan air susu mak utk abg. Pergilah abg.Mak izinkan abg pergi!"


Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abg yg semakin kuyu. Saat abg sedang nazak itu, mak pnggil kakak-kakak agar mngucup abg selagi abg masih bernafas. mereka kucup pipi abg bertalu-talu dan mula meraung,menangis.


"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abg dgr kamu menangis1 jgn seksa abg dgn tangisan kamu!"


Mak marah mereka buat bergitu pd abg. Mak tak mahu abg lihat kamu menangisi permergian abg. Mak tahu, abg akn jd lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abg.


Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abg utk mninggalkan kami. Abah pula hnya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.


Jururawat yg ada dlm bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu org luar lihat. Mak tak mahu ada org menangis di saat abg akn pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak msh mampu tersenyum.


"Pergilah abg. Mak izinkan...pergilah...!" Dan perlahan-lahan, mata abg yg layu tertutup rapat, genggaman tgn abg pd jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


Pukul 3.50 petang, akhirnya abg meninggalkan dunia fana ini...inalillah...mak kucup dahi abg. Mak bisikan di telinga abg. "tenanglah abg di sana. Suatu hari nanti,mak juga pasti akn turuti jejak abg. Abang...tunggu mak di sana ya! Di Syurga!".....


ABANG...biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abg tapi......mak akn sntiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abg dlm hidup kami biarpun cuma sebentar.

ADIK IQBAL FAHREEN HAMDAN

..KEK LORI SAMPAH..

3 ulasan:

allah Pictures, Images and Photos