SahabaTercinta

Selasa, 31 Mei 2011

Langkah-Langkah untuk mendapatkan kemanisan iman......

    Ialah :....



- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .


(ANTARA CARA MENCINTAI RASULULLAH SAW)

  • Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia,      sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
  • Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
  • Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
  • Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
  • Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
  • Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.


1 ulasan:

allah Pictures, Images and Photos