SahabaTercinta

Sabtu, 3 Mac 2012

Ini lah kisah budak-2 main wau..haha



Senbenarnye video ni dha lame..tp sbb lame tak update..so hr ni bru lah
rse nk msuk kan video ni..:-)
dy org ni ckp trgganu eh..klau tak fhm
buat-2 fhm je lah ea..

Assalamualaikum smua
Today i want post apa yang slama ini
saya nak post..hihii
tak thu ke ape bnda sy ckp ni
pakat hentan je..hahah
Hari ni bgun lewat..
badan rasa tak selesa sngt
mgkin penat dgn kelas hri-2..
mgkin jgk tak ckup mkan
makan pun ala kadar je..
save bajet lah kata kan..
sem dpn short sem,
so,ptptn tak dpt..2 yang kena sve bajet
klau tak save..nk mkn ape lah kali ni
:-(
:-(
:-(
:-(
:-(
tak pe..rezeki Tuhan di mana-mana je kan
klau kita bnyk berdoa pd nye
insyAllah, di akn tlong umat nye yg 
dlm kesushan..
Allah tak kan abaikan doa seseorang itu 
dgn bergitu je kan
So, bila sush,ingt lah Allah
Bila senang pun ingt lah Allah
di sntiase ada dgn kita..
InsyAllah,mudah-mudahan kita
dalam keadaan shat
dan ckup dgn rezeki yg Allah berikan
Don't give up k!!
YYYeeah..
saya dh dpt kekuatan di sni
hehehe..hihihii..:-)
Mula kan hr ni dgn senyuman
dan akhirinya dgn kegembiraan
setiap dugaan ada hikmah nya..
tempuhilah dugaan ini dgn keasabran
kerana org yg sbr
mnempuhi dugaan 
akn di sygi oleh Allah SWT
InsyAllah:-)
Smille adalah sedekah..
:-)
:-)
:-)
:-)
:-)
SENYUM LAH DENGAN SENYUMAN SEIKHLAS-IKHLAS NYA..
ok lah,utk hr ni..ade msa sumayyah update lg ea..:-)
Assalamualaikum..klau tak jwb dose tau..senYum soKmo dr saya..:-)

Rabu, 29 Februari 2012

Apabila Hati dah Cakap Benci!!

Aku bukan jenis yg mudah untuk membenci seseorang itu..
tp bila aty dh ckp bnci ak tidak dpt untuk mngawal sikap bnci itu..
aku bukan bnci pd tuan pnye badan, 
tapi bnci pd sikap nye..
yg tak penah nak ubah diri nye sndiri..
belagak macam baik sngt..
Ku ingt kan diri nye sudah mndapat hidayah 
dan mula membaiki diri nye..
malah dia makin menjadi-2..
tp ape nak buat...
klau kita dh bagi nasihat tp diri nye sndri tak nak berubah,
apa kan daya kita utk mngubah seseorg kan..

so, aku hnya mmpu utk mmberi nasihat yg membina
 utk diri nye utk mnjadi seorg yg lebih baik..
ak pun bukan sebaik-2 insan di atas muka bumi ini,
 aku juga ade kelemahan dan kesalhan 
yg penah aku buat..
tp isnyAllah aku akn mngubah diri ku ini,
 sedikit demi sedikit..
smua nye ats diri kita sndri..up to you....
aku mula ingin merapatkan diri ku ini dgn dy 
 .tp bila dh tahu prngai dy smakin mnjadi-2.
.aku trus patah seribu aty..
tak thu nk ckp ape dh..
sy mendoakan untuk nye dan juga kwn-2 ku yg lain..
dan diri ku juga..
smoga Allah melindungi kami smua..amin..:-)

Ok,trm ksh ..Assalamualaikum.. tak jwb dose..senYum soKmo dr sy:-)

Last Assignment For subject INTRODUCTION TO CURRICULUM FOR PRE-SCHOOL CHILDREN


COMPARISON BETWEEN GONTOR CURRICULUM AND NATIONAL PRE-SCHOOL CURRICULUM

GONTOR CURRICULUM

NATIONAL PRE-SCHOOL CURRICULUM
Teaching Methods and Systems:
·         A good way of teaching
·         Teach Bahasa Arab
Curriculum that is relevant to the current and future demands
Islamic School of education Curriculum
·         Children are taught how to worship daily with either
·         Can serve, can pious charity, and may develop themselves in the community develop good language knowledge to capitalize on the general knowledge of religion.
·         Strengthening critical thinking, communication, innovation,
            creativity and entrepreneurship
·         Ensuring an added value i.e. language, ethics, self confidence, resilience, leadership, patriotism and religious

The aims of Gontor

(a)    Community
(b)    Simple Life
(c)     Does not belong to a party
(d)    Principal objective is “Worship thalabul ilmi” not being an employee.
First, the community is that the Pondok Modern Gontor oriented education to the community. All actions and lessons even all the movements that exist in all modern cottage will be found in the struggle for life in society. Thus, the cottage is not to concerned or remember what you have learned in college later, but keep in mind what will be encountered in the future. With hope when we (the students) later entered the public will not be too awkward to be a teacher in elementary school, madrasah, school, tsanawiyah, both teaching in religious studies or general studies.

The aims of National Pre-school

The aims of preschool is to develop children of age 4 to 6
potential in a holistic and integrated manner interms of
physical, spiritual, social and intellect through safe
condusive learning environment, fun, creative and
meaningful activities. This is to increase skills, self confidence, positive self-esteem of the child in order for
them to adapt and excel in primary school.
13

Lessons in education Gontor is
Ø  Arabic
Ø  Dirasah Islamiyah
Ø  Science teacher and educational psychology
Ø  English
Ø  Science must
Ø  Natural Sciences
Ø  Indonesiaan/ Citizenship

Lessons in education National Pre-school
• Language and Communication
• Malay, English, Mandarin, Tamil
• Spiritual and Moral Education 
• Islamic and Moral Education
• Cognitive Development
• Science and Mathematics
• Socio emotional Development
• Physical Development
• Physical and Health Education
• Creativity and Aesthetic
• Visual Arts and Music Education

• Communication
Malay, English, Mandarin, Tamil
• Spiritual and Moral Education 
Islamic and Moral Education
• Cognitive Development
Science and Mathematics
• Self Potray
Social emotion
• Humanity
• Physical and Aesthetical Development
Physical and Health Education, Visual
Art Education, Music



CONCLUSION
Gontor Curriculum
K.H Iman Zarkasyi is one of the founders Pondok Modern Gontor, he introduced the “Kulliyatu-Mu’allimin Al-Islamiyah” while the other, he assessed that the curriculum is the important thing at a boarding school, and that is the soul that embraces the life of the Islamic boarding hut, which came to be known as, Panca Pondok Modern life, including, fifth life is sincerity, humility, willingness to help themselves (self help), brotherhood Islamiyah and independent lives. Modern cottage is an education system that combines the “old model” (read, individual or Sheikhs) and the “madrassa” (read classical).
The concept of educational reform K.H Imam zarkasyi divided into four areas, namely reform of the method and system of education, curriculum pesantren, Islamic boarding structure and management system and way of thinking and freedom santri pesantren.

National Pre-School Curriculum
The early children period is a time of rapid growth and development and during this period, the foundation for future learning is being laid and the dispositions required for the pursuit of  lifelong learning are being formulated, it is therefore critical that learning experiences to which children are exposed during this period are developmentally appropriate, culturally relevant and meaningful in the context of how young children learn.









Ahad, 26 Februari 2012

Sandaran Harapan



Aku Putus Harapan


Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan


Bicara hati ini yang sangat merunnsingkan


Pada-Mu oh Tuhan Ku mohon pimpinan




Telah sekian lama ku semaikan


Cinta dan kesetiaan hanya pada insan


Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan


Dilukai oleh cinta yang memeritkan




Aku diburu kenangan silam


Di kala leka dibuai percintaan


Tiada ku sedar apa yang aku lakukan


Semuanya tersasar dari landasan




Ya Allah telah ku mungkiri janji-janji pada- mu


Ya Allah telah ku khianati segala amanah-Mu


Bagaimanakahuntuk ku kembali kembali pada-Mu


Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan




Masihkah ada Ruang Untuk Ku ??





Ahad, 19 Februari 2012

Drawing about Party Happy birthday for children

Untuk role play..Subjek Early Islamic Education..



This is a prop utk kanak-kanak..

ini dh kali ke brape dh role play..but, still feel berdebar-2..tp takpe..buat cool dh lah kan..
Untuk mnjd seorg Teacher utk knak-kanak kne lah berani ke hadapan and percya bhwa my self can do this role play..hihii

Menangis Kerana Allah S.W.T

"Sesungguhnya Allah mmpunyai malaikat-malaikat dilangit tujuh bersujud sejak Allah mnciptakan mereka smpai hari kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari kiamat mereka mgangkat kepala seraya berkata: Maha Suci Engkau. Kami telah mnyembah Engkau dgn sesungguhnya."

Ada lelaki jatuh hati kpd seorg wanita. Ketika wanita itu keluar utk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersmanya. Sesampai di kmpung yg sunyi ketika org-org telah tidur. Lelaki tersebut mnyampaikan mksud hatinya. Si wanita itu pun mnyahut: " Lihatlah adekah org-2 telah tdur smuanya?" Dengan demikian lelaki itu memberi tahu maksud hatinya hndak dikabulkan.

Dia mngelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas org-org telah tidur, sgera dia mghampiri wanita itu seraya berkata: Benar smua org tidur." Lalu wanita itu bertnya, "Bagaimanakah pndaptmu dgn Allah?"
Apakah saat ini Dia juga tidur?"
Lelaki tersebut menjawabnya: "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."
Wanita itu berkata lagi: "Sesungguhnya Zat yg tidak pernah tidur akn melihat kita meskipun manusia sdang tidur lelap tidak menlihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti."

Dengan segera lelaki itu mnggalkan wanita tersebut kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorg bermimpi bertemu dgnnya. "Lalu ditanya: "Apakah yg dilakukan oleh Allah kepadamu?"
Lelaki itu menjawab: "Allah telah mngampuniku kerana ketakutanku dan mnggalkan dosa itu"

Pernah pada suatu ketika Umar Bin Khattab jatuh pengsan, manakala mndgr ayat Al-Quran dibaca. Kemudian pd suatu ketika dia mgambil sepotong kayu smbil berkata: "Sekiranya aku mnjadi kayu, tidaklah ak mnjadi sperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak melahirkanku." beliau mnangis teresak-esak. Air matanya mngalir membasahi pipinya. sehingga Rasulullah pernah mngatakan..

"API(NERAKA) TIDAK AKAN MENJILAT ORANG YANG PERNAH MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T. SEHINGGA AIR SUSU KEMBALI KE BUAH DADA"

Jumaat, 17 Februari 2012

..Happy birthday..

Assalamualaikum sumayyah ucapkan kpd kwn-2 di blog yg sudah bergitu lama mninggalkan blog ni tanpa update sesuatu yg manfaat utk di kgsikan bersama..biase lah,.as a student,bz skit kali ni..sbb final dh nk dkt..hope smua nye berjln dgn lancar..

Sory lambat skit kgsi kan pngalamn yg bermkna dlm hdup sy buat kali pertma nye..
Tangga 18/01/2012 bermula lah kisah seorg remaja yg mncecah umo nye 22 tahun..dan skrg mnetap di KL dan study at IIC, di Gombak.. Pengalamn yg tidak blh sy lupa pd hr ni ialah..

Tepat pkul 12.00PM ~
Sedang sy baring smbil main game dlm hf kwn sy..tiba-2 lampu dlm blik terpadam..(sengaja tutup), tiba-2 sy terdegar lagu Happy birthday to You..Happy Birthday to You..Happy birthday to Kak Sue(Me) Happy birthday to You..tiba-2 "pek" tepung di cmpur dgn air anggur melekat di atas kpala sy..(menjerit sekuat hati)..
hahahha.. Rasa nak mngis pun ade..sbb terlalu gmbra sbb firts time i di smbut brthday mcm ni..tQ For u all..Love u:-)
To : Hafsah,Yana, Ika, Mya, Miera ,Neza.Anne, Najihah and Are..ko org smua tetap dlm ingtan kak sue..mmuuah..



Pada 21/01/2012..~Lepas Insyak
Satu lagi kjutan yg di buat oleh Org yg paling pnting dlm hdup sy..wlaupun dh lps hr jd sy..so takpe lah..hihii
Masa 2 sy bru je blik dr ambik dia dr bandar..sbb dy g hantar kreta kat kak dy..lps sy ambik dy..sy tiba di rumah nye..n nmpk kat umah dy dh rmai org..dgn kwn-2 nye..family dy..sy tak thu ape-2 mse 2..so,sy msuk dlm umah dy mcm biase n duduk kat sofa..lps 2,tggu smua dtg bru lah sy terdegar kak ain(adq si dy) ucap Happy birthday..prsaan malu tetap ade..wlaupun sy dah rapat dgn family dy..n di iringi hadiah dr Buah Hati sy yg sngt sy sygi..(Muhammad Hafiz) dy telah mmberi sy seutas jam tgn..sblum ni sy tak pkai jam..so,bersyukur jgk lah sbb dpt jam tngan..tQ awk..mmuuah..

 
Ni lah jam yg diberi oleh MyBuah Hati..


Tak ingt tarik nye...
Bermula di sini ~ Sy paling rapt dgn dy lah..ade ape-2 mslah dgn dy lah sy slalu crte..ape-2 yg gmbra dgn dy lah..sy tak blh lupe kan dy smpai hri ni..dy tetap di hati sy..dy dh bnyk bg nshat kat sy..sy sngt sayang-2 dia..itu tak blh ubah dr yg lain..sjak umo sy 11 thun..sy dh mula rpt dgn dy smpai lah hr ni..slalu ingt kat dy..
Dia yg sy mksud kan ade lah MuttaqiahMbc..Love u..Love u..
Sbelum sy blik ke KL utk mnjlnkan tugas ys sbgai student IIC, sy smpat bertemu dgn dy utk bersalam dan ucap slamat tnggal.."lame tak jmpe..rndu gila" dan pd mse yg sme dy telah mghadiah kan sy sebuah buku yg sngt bermkna pd sy..Buku 2 dpt mmberi bnyk lagi ilmu kpd sy..sy berterima ksh sngt kat dy..
Walau awk jauh dr sy,awk ttp dlm aty sy..:_)
Ni hadiah dr MyDearQu Syg..


SEKIAN TERIMA KASIH UTK MALAM NI..SEDIKIT KISAH PENGALAMAN DR WAN SUMAYYAH UTK ANDA SEMUA..WASALAM..





Rabu, 30 November 2011

NURALYA BATRISYIA


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya
diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka surat novel tersebut.

Tertulis disitu "Nuralya Batrisyia...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati si jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu lalu menulis sepucuk surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis tersebut. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat kirimanbalas daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil demi tugasnya sebagai anggota tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu lagi dengan si gadis.

Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi
"Andai Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."


Maka pergi lah si  jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangannya. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi kulit bersopak dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Dua kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah, sebelah matanya buta... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Nuralya Batrisyia?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan sambil tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata
"Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

Si gadis itu terus bersuara..
"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di kerusi hujung restoran dekat stesen keretapi ini."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah NURALYA BATRISYIA... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Mengadaikan agama kerana dunia


Mungkin tidak terfikir kita dengan semua ini namun dari setiap patah kata keluar dari mulut Rasulullah ternyata dan terbukti di zaman sekarang.
Daripada Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan harta benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa. Ulama jenis ini bercakap menggunakan ayat suci al-Quran semata-mata demi kepentingan sendiri, selain sanggup memutar belit ayat suci Allah SWT bagi meraih keuntungan dunia.

Pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a.


Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh pernah menulis kepada panglima Saad bin Abi Waqqash radhiallahu 'anh, ketika beliau menghantarnya untuk membuka Parsi. Teks pesanannya adalah seperti berikut:

1. Takwa Kepada Allah.
"Saya suka berpesan kepada anda dan bala tentera yang bersama dengan anda agar sentiasa bertaqwa kepada Allah pada setiap ketika dan keadaan. Taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan dalam menentang musuh dan sebaik-baik tipu helah dalam peperangan.


2. Meninggalkan Segala Bentuk Perbuatan Maksiat.
Saya suka berpesan kepada anda dan sekalian tentera di bawah pengawasan anda agar menjaga diri dari perbuatan maksiat anda sendiri daripada menjaga serangan musuh, karena dosa-dosa para tentara itu lebih menakutkan berbanding dengan musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini nescaya orang-orang Islam tidak mempunyai kekuatan, kerana bilangan dan kelengkapan kita tidak sama dengan bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama saja dengan mereka dari segi melakukan maksiat, mereka mempunyai kekuatan yang lebih untuk menentang kita. Jika kita tidak mengalahkan mereka dengan kelebihan yang kita miliki itu, nescaya kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan yang kita miliki. Ketahuilah anda sekalian, sewaktu kamu berangkat ke Parsi setiap dirimu diawasi oleh malaikat Hafazah yang mengetahui segala perbuatanmu. Kerana itu hendaklah anda berasa malu kepada mereka. Dan janganlah berbuat maksiat di tengah-tengah kamu berjuang menegakkan agama Allah, begitu pula jangan beranggapan bahwa musuh kita lebih jahat daripada kita sehingga tidak mungkin mereka menguasai kita walaupun kita berbuat jahat. Boleh jadi sesuatu kaum itu dikuasai oleh kaum yang lebih jahat daripada mereka, sebagaimana kaum kafir Majusi pernah menguasai Bani Israel, disebabkan maksiat yang dilakukan oleh Bani Israel itu sendiri.

3. Mohon Pertolongan Kepada Allah.
Sentiasalah memohon pertolongan daripada Allah untuk diri anda sekalian dari godaan maksiat, sebagaimana anda sekalian memohon kemenangan dari-Nya dalam menentang musuh-Nya. Mohonlah pertolongan itu untuk kami dan juga kamu.

DUHAI JODOHKU


Ya Allah,

Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.


Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.
Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Pesanan SHEIKH AHMAD YASSIN


✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*

¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH s.w.t. dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian.

•*¨*•♥♥*¨*♥•♥**¨*♥•♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨
*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni,
mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH S.W.T. dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan
hijab secara jujur dan betul.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥
*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan
membuat perancangan untuk masa depan.
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*
¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Berpeganglah kepada agama kalian.
Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*♥•♥*¨*•♥♥*¨*•.

Selasa, 29 November 2011

Hati seorang wanita ketika menangis di hadapanmu


Bila seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Bila kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Bila kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu,tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,bila seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,tolong pegang tangannya dengan pengertian.dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,Bila seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni,penuh rasa sayang,di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah,dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya.

Lelaki,fikirkanlah tentang hal itu.bika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawabannya..Pertimbangkanlah,kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal,mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Jaga dan cintailah ia sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,karena pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya

Adakah islam membunuh terus naluri cinta??


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? 
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.Tentu ada cinta secara Islam.Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral (suci) dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam, bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.

Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. 




Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit: adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta? 
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? 
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah? 
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina).Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya
Kami ingin mendapat redha Tuhan.Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tigasyarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. 

Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak ke mana!
allah Pictures, Images and Photos