SahabaTercinta

Isnin, 25 Februari 2013

Jasad

"..Ingat! Sesungguhnya dalam jasad(manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik,maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati."

Adalah suatu hal yang pasti,bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperngan yang dahsyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran.

Memang, sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan. Bersama jutaan jeritan. Menanti suatu keputusan. Dunia ini menawarkan kenikmatan. Nuansa indah mendengungkan nilai-nilai kemanusiaan. Kaki, hendak ke mana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut. Berebut menguasai diri. Tapi, hendak ikut siapa...? Demikianlah peprangan itu berlangsung

Kedua-dua belah pihak bertarung dalam kancah peprangan iaitu hati. Jika iblis yang menang, manusia akan kehilangan kemanusiaannya. Dan apabila agama yang mennag,ia akn mnjadi manusia yang luhur,arif dan bijaksana.

Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang akan mengotori dan mengeraskan hatinya.

Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan... Iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar ditemukan doktornya. Penyakit yang akan menghantarkan seseorang ke neraka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

allah Pictures, Images and Photos