BAYI AJAIB DALAM KANDUNGAN
Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi,
berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi
ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph
Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis
penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di
bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.
Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di
Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang
pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner
bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau
telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih
lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor
tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka
pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.
Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke
atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang
masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu
terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan
sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut,
dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya,
dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.
Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu
itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata
penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.
Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan
airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar
itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah
kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai
seorang manusia yang kerdil”.
Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam
keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga
100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita
semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah
satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh
merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan
menentukan segala-galanya.
Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi
bersama :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan