Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?
 
 Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran 
mamak……
 
 Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak 
hitam ?
... ...
 Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam 
sembah ALLAH bukan kotak hitam.
 
 Missionary : Bukankah orang 
Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah 
ALLAH itu dalam Kaabah ?
 
 Belum sempat pendakwah menjawab …. 
Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan 
telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai 
menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. 
Pendakwah tersenyum ….
 
 Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila 
awak hendak jawab soalan saya ?
 
 Pendakwah : Erm … perlukah saya
 menjawab soalan awak ?
 
 Missionary : Awak tak ada jawapan ?
 
 Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori 
yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. 
Saya dapati awak kurang siuman.
 
 Missionary : Mengapa awak caka 
begitu ?
 
 Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang 
diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu 
sambil cakap “I love you mom” …
 
 Missionary : Saya bukan cakap 
seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya 
tadi.
 
 Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak 
awak.
 
 Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya 
jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin 
tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
 
 Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
 
 Missionary 
menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut…..
 Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang
 N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas 
…. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. 
bersepaiiiiiiiiii …..
 
 Merah padam muka Missionary menahan 
marah.
 
 Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….
 
 Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan
 handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.
 
 Missionary :
 MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita 
boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi 
wireless. Awak tak guna otakkah ?
 
 Pendakwah : Alhamdulillah 
(sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam 
menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. 
Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat 
Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna 
ALLAH itu ada dalam Kaabah.
 
 Begitu juga dengan awak dan 
telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini 
bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat 
telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak 
melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung 
antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun 
emak awak tiada dalam handphone tu.
 
 Kemudian Pendakwah bangkit 
dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada 
Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah 
terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin 
dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala 
persoalan berbanding agamanya …….:: I ♥ الله ::
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan