Nak Menaip lagi ni...Nak cerita satu kisah ni..tntng Seorang wanita ingin mencari psangan hdup dan wanita tersebuat ingin kan Lelaki yang memenuhi syarat nye..Jom kita Baca ea...:-)
Bismillahirohmanirohim...
Di sebuah kota terdapat seorang wanita yang cantik..CANTIK SANGAT-SANGAT..Dia inginkan seorang suami yg alim yakni membaca Al-Quran stiap hari..Berpuasa sepanjang tahun.. Dan bangun malam beribadat kpd Allah SWT.. Lama dia menanti tiada yang snggup terima syarat dia itu. And,satu hari dtg seorg lelaki mnyahut cabaran dia..Lalu mereka pun berkahwin..Mule dari mlm pertama smpai satu hari wanita ni tak penah nmpk laki ini buat sperti syarat yg di jnjikan...
Sampai satu masa wanita ini memohon penceraian.. Dan hadirlah mereka ke mahkamah.. Tuan hakim pun bertanya kpd lelaki tersebut...
Tuan Hakim: Awk telah mengingkari syarat perjnjian perkahwinan awk..
Lelaki: Saya tidak pernah melanggar syarat itu
Tuan Hakim: Isteri kamu kata awk tidak buat semua yg di janji kan.
Lelaki: Apa yang saya tak turuti???
Tuan Hakim: Awk tidak membaca Al-Quran setiap hari.
Lalu dengan selamba lelaki itu menjawab
Lelaki: Dengan membaca surah Al-Ikhlas 3 kali sehari beerti kita membaca dan khatam Al-Quran..
Hakim terkedu lalu mengajukan lagi soalan
Tuan Hakim: Awk tidak puasa sepanjang tahun??
Lagi sekali dengan selamba lelaki itu menjawab
Lelaki: Sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dab berpuasa enam hari du bulan syawal bererti dia berpuasa sepanjg tahun...
Hakim terpinga-pinga lalu mengiyakan jawapan lelaki itu..
Hakim bertanyakan satu lagi soalan yg juga salah satu syarat perkahwinan ini...
Tuan Hakim: Isteri kamu kata, kamu tidak bagun malam utk beribadat kpd Allah??
Lelaki: Saya solat Insyak berjemaah dan solat subuh berjemaah...Itukan menyamai bangun beribadat kpd Allah SWT di malam hari.
Dan hakim itu berkata
Tuan Hakim: Pergi lah kamu berdua..Tiada apa yg berlaku dlm perkahwina ini..
Ini lah kisah seorang wanita yang memilih seorang pasangan dalam hidup dia...Padahal smua syarat yg di mintak semua dh ade pd lelaki tersebut..:-)
Moral value nye ialah: Islam itu mudah lagi indah kan????
Princess Muslimah (WS)----> Ya Allah jadikanlah cintaku pada Mu sebagai suatu yang paling ku cintai dan jadikanlah kecemasanku terhadap Mu sebagai suatu yang paling kucemaskan. Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduanku padaMu~ INSYALLAH
SahabaTercinta
Selasa, 18 Oktober 2011
Assalamualaikum...Saya Wan Sumayyah..terdetik hati ini utk menaip tetang WANITA SOLEHAH..Aku juga ingin menjadi seorang wanita solehah di muka bumi ini..ade niat utk memakai pkaian yg btul-2 menampakkan kita sebagai wanita solehah...mnjaga aurat,tutur kata dan sbgainye..InsyAllah,jika ade niat bergitu,suatu hari nanti aku juga akn jd seperti ini...:-)Doa ade lah yg pnting...
Saya di sini ingin berkongsi sedikit tentang Wanita Solehah...:
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Langgan:
Catatan (Atom)