1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka  teruslah menetapkan matlamat      baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang      pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka      letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar      terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai      sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya,      maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1      pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk      mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan      sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai,      cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke      seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke      peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa      membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari      kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi      tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang      Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita.  Kalau orang lain      boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan      kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih      dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu      melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya.      Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana      tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca      kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka      menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum      nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain      ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat      bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati      yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan      saingan kita. 
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila      mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita      mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya      tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan,      buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM      Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat      Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit  yang menghalang diri      kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan      RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni      kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan      lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri      berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah      aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita      berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar      lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya      dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang      lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih      berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan,      yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan      dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK!      Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap      kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi. 
4. Soal Diri Dengan Soalan      Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan  soalan-soalan yang positif.      Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita      untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita      berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan      untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan      depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk      maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah      kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati.      Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita      adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya      melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk  tingkatkan ‘standard’      kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak      ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari      sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah      untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari      sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah      selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti      dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun      aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman      pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun      dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula. 
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi      untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi      memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu.      Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain      tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri      sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’      yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan      pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula      menjadi orang yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa      apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak      menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu      ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.      Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
  
Princess Muslimah (WS)----> Ya Allah jadikanlah cintaku pada Mu sebagai suatu yang paling ku cintai dan jadikanlah kecemasanku terhadap Mu sebagai suatu yang paling kucemaskan. Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduanku padaMu~ INSYALLAH
SahabaTercinta
Ahad, 18 April 2010
Rabu, 14 April 2010
Paderi kristian mahu tukar nama Jesus kepada Allah
Salaam alaikum w.b.t..  semoga semuanya sihat2 dan  bahagia selalu. Di sini saya ada mahu membawa satu perkhabaran yang  mungkin dah ramai tahu. Dan ini bukannya untuk mencetuskan perbalahan  dan seumpamanya. Tetapi kerana ianya adalah isu sensitif bagi umat  Islam, maka semoga dengan ini kita akan sentiasa berjaga-jaga. Semoga  kita semua tidak leka dengan arus perubahan duniawi yang hanya sementara  ini.
 Saya mendapat berita ini asalnya dari seorang  sahabat. Dia memberitahu tentang ada berita dalam akhbar The Star,  28/12/2007 tentang paderi-paderi di gereja Malaysia, sedang membuat  permohonan kepada mahkamah, agar meluluskan mereka untuk menukar nama  Jesus kepada Allah. Astaghfirullah, berdiri bulu roma mendengarnya.  Sungguh berita ini ada dalam akhbar the Star.
Selasa, 13 April 2010
Misteri: Manusia boleh lihat bunian
Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib  kerana  tidak diketahui beriman atau kafir
“Ada  orang berkata, bayi dapat  melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu  tidak benar,  sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau  jin  menumpang di badannya.
DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada  kehidupan sama  seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat  disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya  setempat  seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan  fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat,  mendirikan rumah  dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut  menunaikan haji dengan  menaiki kenderaan sama seperti manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia  ialah jika  berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar  sama warna,” kata  Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang,  Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian  Islam  Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan  pengalaman dan kes  yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama  seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran  juga  menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti  syaitan, jin dan  bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia  memiliki empat unsur iaitu  air, api, tanah dan angin tetapi bunian  menyamai jin hanya memiliki unsur api  dan angin (menyebabkan mereka  tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam  perubatan  Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan  mengenai kewujudan dan  asal usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal  bunian  ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam  kitab fekah ada  perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan  jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya,  membuktikan  perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam  kehidupan ini,” katanya  yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu  menyebabkan bunian memiliki rupa  dan budaya seperti manusia tetapi  memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah  mereka pada  asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah  tetapi akibat sebab  tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa  kepada  Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi  mengatakan  kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang  mengatakan ia berlaku  sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman  Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat  bunian atau  jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan  tertentu, dengan  izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian  yang menumpang dalam badannya  tanpa disedari individu itu.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya  istimewa (psikik)  kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa  kepada saya, didapati dalam  badannya ada jin dan selepas makhluk itu  dikeluarkan, anak kecil itu kembali  normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk  itu  menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan  fizikalnya  berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu.  Sebaliknya manusia juga  boleh melihat bunian jika mereka mempelajari  ilmu tertentu.
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang  dirujuk  kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke  hutan  mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari  hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap  tidak  dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung  menganggap pemuda itu  sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang  buas. Masa berlalu dan kehilangan  pemuda itu semakin kurang dibualkan  penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas  kehilangannya,  pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa  bersama seorang anak dan  isteri,” katanya.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia   tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan  keluar,  dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin  pulang  tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan  berkahwin dengan anak  perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk  keluarganya  di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh  mentuanya sama ada  ingin terus berada di alam bunian atau bersama  manusia. Lelaki itu memilih kekal  bersama anak dan isterinya di alam  bunian.
Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada  tahun-tahun  terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai  pengangkutan. Dalam sebuah  kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas  berkawan, mereka bertukar alamat  apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di  Kedah  mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik  sampai di Muar,  dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa  pelik kerana tiada  kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di  situ,  selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai  kampung dan rumah  kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di  tangga rumah kenalan itu,  dia ditolak seorang pemuda dan sebaik  terjatuh, dia melihat rumah dan kampung  ghaib sebaliknya digantikan  dengan semak belukar,” katanya.
Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta   pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki  bunian.  Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu  mendatangi gadis itu dan  mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu  akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit  misteri  selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan  sehingga  menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan  lelaki bunian  berkenaan.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun   dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan  sehingga  kini, tidak diketahui nasib wanita itu.
FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi  keajaiban Allah  sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan  bunian,  menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki  kemampuan  lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki,  bercucuk tanam cuma  bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup  di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi  bagi  bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti  manusia secara  fizikal.
- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan  jin atau  bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu  bunian atau jin  adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib,  berat badan kekal tetapi  apabila diangkat terasa berat selain kesan  aneh pada tubuh badan.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian  kerana  sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau  kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah  dengan  menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan  ibadat sunat serta  solat hajat, solat taubat dan berdoa.
Rekod gempa bumi terbesar di dunia hingga sekarangBerikut adalah rekod beberapa gempa bumi yang terbesar yang berlaku dari dulu hingga kepada yang terbaru sekali di Chile baru-baru ini. Senarai bukan mengikut susunan tahun tetapi mengikut kekuatan gempa bumi; - 22 Mei 1960: Sebuah gempa bumi berkekuatan 9.5, di selatan Chile dan disusuli tsunami mengorbankan sekurang-kurangnya...

 Berikut adalah rekod beberapa gempa bumi yang terbesar yang berlaku dari  dulu hingga kepada yang terbaru sekali di Chile baru-baru ini.  Senarai  bukan mengikut susunan tahun tetapi mengikut kekuatan gempa bumi;  - 22 Mei 1960: Sebuah gempa bumi berkekuatan 9.5, di selatan Chile dan  disusuli tsunami mengorbankan sekurang-kurangnya...
Jumaat, 9 April 2010
cahaya dan warna
                     Cahaya dan warna  ialah                      sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka  pada                      mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada  spektra                      tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan  setiap                      makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi  warna                      berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna  terpancar                      bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah                       sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi.
                     Cahaya merupakan  tenaga                      spektrum yang sangat luas dan boleh dilihat. Mata  difokuskan                      untuk melihat refleks tenaga untuk keperluan sel  tubuh.                      Frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh  mata kasar                      bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm).  Warna-warna                      yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-ungu,  infra-merah,                      gamma dan sinar x. Warna-warna yang amat laju ini  tidak                      sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka  bumi ini.
                     Setiap unsur  kimia di                      dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai  sifat                      frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini  hanya                      dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. Dalam  tubuh                      manusia, warna memainkan peranan sebagai penyeimbang  sel                      untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan  warna-warna                      tertentu untuk hidup dengan harmoni. Setiap tujuh  jenis                      warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi  tubuh.
                     Walaupun  frekuensi setiap                      spesis sel berlainan tetapi aliran homeostatik  bergetar                      dalam aliran yang setara 54 ke 72 mikro amp. Aliran  yang                      konsisten ini akan memelihara tahap kesihatan yang  maksima.                      Semua unsur kimia dengan struktur atomnya yang  longgar                      dengan sendirinya menyumbang kepada penyakit dan  akan                      bergetar pada frekuensi yang tidak konsisten.  Keupayaan                      neuron otak turut merangsang organ yang berkaitan  untuk                      bertindakbalas secara positif dengan warna yang  dilihat.                      Kepintaran banyak bergantung kepada kapasiti oksigen  yang                      diterima pada otak.
Seorang pakar psikologi                      barat mengatakan warna putih mampu meningkat  kecerdasan, dan                      bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna  putih                      dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya  bertambah                      secara maksimum. Warna ungu pula mampu mengatasi  masalah                      kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping  itu,                      warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak  jauh                      mampu merangsang minat pelajar.                     Berdasarkan  kajian sains                      fizik yang dijalankan, setiap 24 jam waktu siang dan  malam,                      berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali  mengikut                      warna-warna pelangi. Pada pukul 12 tengah malam  hingga pukul                      1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya  putih                      manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula  bertukar                      kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah  kepekaan                      otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang                      mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran  iaitu                      antara pukul tujuh hingga ke tengah pagi kerana pada  waktu                      ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan  berlaku                      dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi                       terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga  tujuh                      setengah petang.
                     Fenomena gangguan                       keseimbangan oleh getaran warna-warna tertentu ini  boleh                      dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami  masalah                      kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati  demam akan                      bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini.  Sememangnya                      warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.
                     Walaupun  kebanyakan kita                      mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita  harus                      mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif  dan yang                      memberi kesan positif dalam kehidupan kita.  Warna-warna                      putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur  positif.                      Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga  dikehendaki                      mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut.  Ini semua                      berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan  yang                      ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh  menilai                      seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga  dengan                      hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta  bangunan dan                      perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna  lembut.
Langgan:
Ulasan (Atom)
