SahabaTercinta

Selasa, 28 September 2010

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama :
Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat :
Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima :
Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam :
Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah

Ketujuh :
Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat

Kesembilan :
Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Kata-kata semangat buat aku:-)

Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria

Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu

Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini kedepan bertanya berita

Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang

Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma

Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih
yang engkau janjikan kepadaku itu
tidak ikhlas

Inginku ketepikan
rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia
bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria

Yang lebih utama
terus membuktikan
kukuh kedudukan
usung kejayaan



Jumaat, 24 September 2010

Untuk rakan-rakan ku blog:-))

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya,
padaMu, agar bertambah,
Kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati,
Seseorang hatinya yang tertaut,
padaMu agar  tidak terjatuh aku,
dalam jurang cinta nafsu…………..
Ya Rabbana jika kau jatuh,
Hati, jagalah hatiku,
Padanya agar tidak,
Berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati jika aku
Rindu, rindukanlah aku
Pada seseorang  yang
Merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati
Cinta kekasihMu,janganlah
Kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya
Bermunajat seperti tiga malam
         TerakhirMu……..
Ya allah jika aku jatuh hati
Pada kekasihmu,jangan biarkan,
Aku tertatih dan terjatuh dalam,
Perjalanan panjang menyeru,
Manusia kepadamu…
Ya allah,jika kau halalkan aku,
Merindui kekasihmu,jangan biarkan,
Aku melampaui batas sehingga,
Melupakan aku pada cinta hakiki dan,
Rindu abadi hanya kepadamu,
Amin…
Doaku…moga
Kita sama-sama
Berjaya di dunia
Dan akhirat…
Berjaya dalam
Mengharungi segala
Dugaan dan
Cabaran…yang
Sememangnya menguji
Kekuatan iman…
Kerana tapak
Iman itulah yang
Menemukan cinta
Yang selama ini
Telah hilang…
Semoga cinta yang dicari
Telah ditemui…semoga
Allah meletakkan kita di
Bawah payung rahmat
Kasih nya…insyaallah..

Cara Meningkatkan Kualiti Cinta Dan Khusyuk

Seorg ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertnya kpd org yg dianggapnya lbh ibadahnya, demi utk memperbaiki drinya yg selalu dirasainya kurng khusyuk.

Pada suatu hari, ISAM menghadiri mjlis seorg abid bernama HATIM AL-ASSAM dan bertnya, “wahai Aba Abdurrahman, bgaimnakah caranya tuan solat??” Hatim berkata “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”

Isam berkata, “Bagaimnakah wuduk zahir dan batin itu??”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu mmbasuh smua anggota wudhuk dgn air. Sementara wuduk batin ialah mmbasuh anggota dgn 7 perkara :

1~ BERTAUBAT
2~ MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
3~ TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA
4~ TIDAK MENCARI/ MENGHARAP PUJIAN ORANG (RIYA’)
5~ TINGGALKAN SIFAT BERBANGGA
6~ TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
7~ MENINGGALKAN SIFAT DENGKI


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi masjid, aku kemaskan smua anggotaku dan mghadap ke kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaann dan aku rsakan aku sdang berhdapan dgn Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut di belakangku, dan aku byangklan pula kau seolah-olah bdiri di atas titian “SIRATAL MUSTAQIM” dan mganggap bhwa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dgn baik. Setiap bacaan dan doa dlm solat ku fhami mknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dgn tawadhuk, aku bertasyahud dgn penuh pgharapan dan aku mmberi salam dgn ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila ISAM mendgr mngislah dia krana mmbyngkan ibadahnya yg kurang baik bila dibndingkan dgn Hatim. Ibadah yg kurang baik bermkna cinta yg kurang berkualiti. Oleh itu mari kita tngkatkan cinta kita kpd Allah dgn meningkatkan kualiti ibadah dan solat kita…
~INSYALLAH~

takbir...raya



“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”


“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”


“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”


“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Assalamualaikum

                                    ku mempunyai adq yg bergitu cute dan meriah je jumpe dy...
                                                   Nufatin Naqibah Ammar binti mohd nasir

                                                                  miss u lah adq...
                     kami p mkn pizza...demi prmintaan adq ku sorg ni...sy pun p lah mkn pizza dgn dy..
                                                            suke sngt dy blh mkn pizza..
                                                 me dgn adq ku yg mnja ni...:-)miss u atyn:-)
                                                                   Ever n ever
                                                                 sayang adq ku ni sorg

Rabu, 1 September 2010

Tudung labuh itu indah:-)

Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila

dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia

sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan

tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu

mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar  - benar membuatkanku berfikiran jauh. Aku

bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor –

faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

Menemui Jodohku
 Beberapa temanku yang mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak

dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.

Suamiku mengakui antara factor yang menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting

adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang

mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri
yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala masa

terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya

melalui luaran, contoh reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang

pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung.

Mana yang kita pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua – dua dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir – fikirkanlah.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
 Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.”

 Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata –

kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung

labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.



19 kebaikan wanita

Mungkin terdapat banyak hadis yang menyatakan wanita lebih ramai menghuni neraka, namun janganlah kamu bersedih wahai muslimah. Selagi dirimu menjadi kekasih Allah dan rasul-Nya, kedudukanmu amatlah mulia. Di sini saya senaraikan 19 kebaikan tentang kamu!

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Ahad, 8 Ogos 2010

Assalamualaikum

selamat menyambuat bulan ramadhan yang akan tiba dalam masa 2 hari lagi..esk hari selasa..dan hari rahu smua umat islam akn bersahur...dan kita akn mula berpuasa 1 bulan..harap kita smua dpt jlani ibadah puasa dgn jaya nya..dan tmbahkan iman kita dgn sbaik-baiknya..amin...

                                 SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA...

Selasa, 27 Julai 2010

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
                              Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.

Khamis, 22 Julai 2010

wan raihanah

                                                             sentiase senyum~comel~

Rabu, 21 Julai 2010

buah hati Q...

namanya wan raihanah binti wan rozali...dilahirkan pada 10/02/2010 di hospital besar kemaman..pada pukul 12.13am..~suke senyum
                ~tengok org makan nak jugak;-)
                ~umo 3 bulan dah suap makanan...nasi yg sudh dibland..hihii
                ~suke menangis
                ~tubuhnye pejal
                ~membuat semua org geram bila tgknye..hehe:-)
                ~yang lain tak tahu dh..hehehe
                                         NI KAKAKNYA~MENJAGANYA  DGN BAIK..HIHIII

   RAIHANAH ANAK YANG KE-13~BONGSU

Sabtu, 17 Julai 2010

24/07/2010~

assalamualaikum..24 haribulan ni akn mmbuat hati ku sdh dan akn slalu ingt akn si dy..dy akn bertolak k KL utk smbung stdy nye..sy akn selalu rndu kn kamu cyg ku..:-)
apa-2 pun..kamu tetap dihati sy..miss u MuttaqiahMbc:-)
bff foerver..muuuuahhh...~sahabatQ smpaii akhirnye..
dy seorg yg sngt memahami ape mslah yg sy hdapi dn slalu mmberi sokongan pd  sy..wlaupun dy jauh dgn sy..tapi kami akn slalu ingt antara satu same lain...
sy harap dy akn kekal sbgaii shabat ku smpai akhir hayat Q ini...Q amat mnyayangi nye...:-)
Love u cygQ:-)

Jumaat, 9 Julai 2010

Pemarah dan Bersabar

  Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak bisa merasa marah tidak bisa disebut penyabar, karena dia hanya tidak bisa marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahwa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, karena kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.

KENALI TUBUH, BANTU DIET

Bentuk tubuh ternya dipngaruhi oleh jenis kelenjar dominan didlm tubuh.Denggan memahami jnis-2 kelenjar dominan dan bentuk tubuh, anda dpt mngatasi proses pmbsaran dlm bebarapa bhgian etrtntu pd tubuh.
Malah, tubuh mnusia juga terbhgi kpd 4 jenis bntuk tubuh.

      ~JENIS~
  • 'Adrenal' (jenis A)
  • 'Gonadal' (jenis G)
  • 'Pituitari'  (jenis P)
  • 'Tiroid'   (jenis T).
Dan stiap bntuk tbuh ini memiliki thap pertmbahan lemak yg berbeza.

Jenis A
Bentuk tubuh kelihatan tegap dan berotot pd bhgian lengan dan kaki serta mngalami pngumpulan lemak dibhagian lengan. Pemilik tbuh jenis A dinasihakn agar mngurangkn pngmbilan mknan yg berprotein dan karbohidrat sperti daging, kentang, @ nasi.
Kebnyakkan mkanan jnis ini mndorong pnambahan brat bdan. 

Jenis G
Bentuk tbuh G umumnya dikenali sbgai bntuk pir. Peilik tbuh sperti ini mudh mngalami mslah berat bdan dibhagia blkng dan peha, serta memiliki bntuk kaki yg kuat berbanding bhgian atas tbuh mreka.
Mereka yg memiliki tubuh jnis ini sbaik-baiknya elak drpd mknan yg kaya dgn lemak dan repah ratus krana mknan jnis ini mudah mndorong prtmbahan brat bdan.

Jenis P
Tubuh jenis P selalunye lbh kcil dgn mngalami mslah brat bdan yg seimbang diseluruh anggota bdan. Bagi mreka yg tergolong dlm jnis P ini, dinasihatkan agar kurng kn pngambilan mknan berunsurkan susu. Ini krana ia akan mudah mnambahkn brat bdan seseorg.

Jenis T
Tubuh jenis T memiliki proses metabolisme yg sngt aktiv. Umumnya tbuh jnis T lbih tnggi, dgn kaki yg pnjng dan berat yg terkumpul dibhagian punggung. Bagi mereka yg memiliki tubuh jnis ini dinshatkn agar mngurangkn pngmbilan mknan yg mngandungi gula, kafein, dan kabohidrat yg tnggi.
Makanan jnis ini akn mnyebabkn ptambahan brat bdan bagi tubuh kategori ini..


     Setelah mengenali tubuh anda, mgkin ia dpt mmbntu anda mnjaga keseimbangan brat bdan dgn mnghndari bbrapa jnis mkanan yg blh mmbuat tbuh anda mula 'kembang'. oleh demi kian anda digalakkan agar beralih kpd pngmbilan jnis mkanan yg berserat, protien, vitamin dan mineral.
     Jelas disini, bukan kah memiliki tubuh yg sihat lbh berharga berbnding dgn tbuh yg langsing tertapi tidak sihat?





tanda-tanda DIET yg salah & Enam keslahan DIET

Berasa mual, pening dan sesak nafas
Ini bermkna anda sdng mngalami kekurangan sumber karbohidrat di dlm tubuh. Sumber karbohidrat sprti     roti,nasi dan kentang mrupakan sumber serat dan anti oksida sperti vitamin E dan selenium yg berfngsi utk mlawan pnyakit.

Mudah letih,lesu dan tidak bermaya
Ini bermkna tubuh anda kekurng zat besi ,vitamin B12 dan Omega3..

Sering membuang air kecil dan air besar 
Biasanya sering dialami oleh mreka yg mngmbil sbarng ubat yg mngndungi Diuretik dan tnda-2 ini bermkna anda tidak sesuai mngunakan ubat tersbut.



Enam kesalahan DIET~
 ~Tidak bersarapan
Anda mungkin akan berasa snng hati apabila tidak mngambil sarapan krna perut anda akan kelihatan rmpin dan kempis. Awas! tidak mngambil sarpn sbnarnya blh mrosakkan progrem diet anda.
Anda akan lbh cnderung utk mngmbil mknan yg berat akibat trlalu lapar.

~Ikut kata hati
Selera anda terhadap aiskrim brtmbah. Dan anda mngambil aiskrim rndah lemak utk memenuhi slera itu dgn harapn ia tidak mrosakan jdual diet.
Ingat, wlaupun ia hnyalah aiskrim rndah lemak tetapi anda tetap tidak hrus mngmbilnye scra berlebihn.

~Makan atas dasar kwn-kwn
Teman-tman anda mmesan pelbagai hidangan istimewa disbuah restora.
Akhibat terpngaruh dgn mreka, anda tlah mlngar diet anda.Elakkn pkara ini drpd berulang dan anda perlu mndisiplinkn dri anda.


~Tidak timbang berat
Utk mngetahui brat anda naik @ tidak, anda perlu tmbnag brat anda 4 @ 5 klai setiap hari.
Klau brat anda msih tidak berkurngan @ smkin naik. Ini bermkna anda yg tidak kena dgn diEt yg anda amalkan.Jadi lakukan sesuatu krana dgn sntiasa menimbang brat badan membuatkan anda lebih bermotivasi utk mncapai matlamat.


~Terlalu berharap agar berat badan turun mndadak
Kesabaran pnting jika anda ingin memastikan diEt berkesan. Anda bkn saja perlu bersabar utk tidak mngmbil mknan kgmaran juga perlu brsabr utk mnunggu brat bdan anada trun.
Tetapi rmai mgharapkn brat bdan trun scara mndadak dan kecewa jika ia tidk berlaku. Oleh itu, usah terlalu berharap agar brat bdan trun secra mndadak. Biar sedikit tetapi hasilnye memuaskan...
  

`andaiku tahu`

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mukan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aaa...

Rabu, 7 Julai 2010

teknik pembacaan~ Fitrah Biologi Pembacaan~(Percakapan)

Berbeza dgn fitrah biologi minda dan pernafasan, fitrah berckp hanya pd keadaan kita sedang brjga. Jika berckp smasa tidurr, itu nmanya mengigau dan kita tahu org yg tidak siuman pula berckp sesuatu yg dia sndri tidak fham. Kita memahami apa yg kita tuturkan.


Begitu juga fitrah boilogi apabila individu brckp dgn prkataan yg sudah pun dihafal. Perkataan ini sudah disimpan di dlm memorinya. Dia mgkin fham apa yang dituturnya @ tidak fhhm langsung. Atau dia lupa utk memahamkan apa yg telah dihafalnya.


Semua bacaan di dlm solat sudah pun kita hafal dan mgkin sudah memahami semua mkna-mknanya slepas mmbaca buku ini.
Fahamkan semau mkna Al-Fatihah.tahiyat.iftitah,tasbih rukuk, sujud serta doa antara dua sujud.


Asas kpd komunikasi ialah mesej yg hndak disamapikan difahami oleh pemberi dan penerima. Ini juga fitrah asas perckapan.


Ketika solat komunikasi kita dgn Allah ialah dgn bacaan. Dalam solat kita memuji-muji Allah,kita berdoa, kita bersyahadah, mmbaca Al-Quran, kita mmperbaharui aku janji, bertasbih dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.


Memahami mksud doa yg diminta, memahami mkna aku jnji. jgn mmbacanya dlm keadaan tergesa-gesa dan tidak sedar pun atau tidak faha apa yg diminta?
Adakah sama seperti org yg tidak siuman tadi yg tidak fhm apa yg dituturnya jika kita pun tidak fhm apa yg kita tutur smasa solat?


Kita hayati doa ketika membaca Al-Fatihah. Kita memohon supaya ditunjukkann jln yg lurus iaitu sperti jln yg telah Allah tunjukkan kpd org diberi nikmat. Begitu juga doa semasa duduk antara dua sujud, kita memohon keampuunan, kecukupan, diangkat darjat, memohon rezeki, petunjuk, kesihatan dan kemaafan dr Allah.

Untuk kita memohon bantuan dr mnusia punn penuh dgn adab dan sopan. Dengan allah kita memohon secara 'cincai'. Ada yg mmbaca Al-Fatihah dr mula hingga akhir cuma bbrapa saat shja. Bukanlah dlm al-Fatihah kiat sedang berdoa, kita sedang mmbaca ummul kitab! Di manakah akhlak kita di hadapan Allah? Di hadapan mnusia kita snggup merayu-rayu utk memohon projek perniagaab, pertolongan, simpati dan pelbagai kperluan lain.

Kita bukan pesakit mental- mesti memahami apa yg kita baca semasa solat...InsyAllah... 

Adakah istilah jemu mendirikan solat??~

Jemu adalah sifat semula jadi makhluk termasuk haiwan. Kucing yang mncari mkan,di kedai mkn ada yang menolak untuk memakan ikan,walaupun ikan segar, kerana setiap hari itulah mknannya.

Apalagi manusia dimana otak bhgian limbic yang merekodkan pelbgai maklumat dan tindak laku, akan memberi respon jemu kepada sesuatu. Kita biasa jemu pada sesuatu mknan @ minuman yang kerap dihidang dan dimakan.

Ada tukang masak nasi beriani, bau nsi dan bau kari itu pun sudh mnjemukan kerana setiap hari dihidu. Mereka jrng memakan nasi beriani berbnding org yg sekali memknnya. Fitrahnya,kita akn jemu bila  melakukan sesuatu pkara yg sama berulang -ulang dan tiada pembharuan.

Begitu juga kita akn jemu mlihat, jemu mndgr @ jemu mengimaginasi pkara yg sama. Itu fitrah manusia, fitrah kedua-2 belah otak mnusia.


Hasilnya akibat jemu,seseorg itu kan hilang tumpuan, mnagguhkan kerja, mudh melakukan ksilapan, kerja tidk berkualiti, tidak kreatif dan  tidak produktif.


solat ialah amalan setiap hari, wllaupun dimana kita berada, 17 rakaat sehari dan lebih bg yg bersolat sunat. Ianya telah mnjdikan kebiasaan. Yang biasa itu mnjemukan. Persoalannya, boleh digunakan istilah jemu mndiirikan solat??

Sesuatu yg janggal dan 'pelik'  bila kita mengatakn jemu untuk bersolat. Ini di sbbkn solat adalah kewajiban dan sudah dilakukan berthun-2 sjak kecil lagi. Kita mengimani berdosa besar jika mninggalkannya serta tiada yg memaksa utk taat bersolat!

Jika kita menafikannya, namun apabila fikiran melayang memikirkan hal keduniaan, ada yg lupa bilangan rakaat, resah bila imam membaca surah pnjng, mmbaca dgn cepat dan rukuk-sujud juga dgn cepat.

BUKANKAH INI ADALAH TANDA-TANDA ORANG JEMU!!!!!!...TEPUK DADA,TANYA IMAN....

Sukar bg seseorg untuk mgakui klemahan ego dan kejahilan. Tetapi yakinlah Allah SWT maha mgetahui apa yg kita fikirkan semasa solat..~:-) 

Isnin, 21 Jun 2010

BERITA TENTANG ALAM KUBUR`

                                                              KUBUR ITU BERBICARA
Sudah menjadi ketetapan dlm petunjuk Nabiyg mulia bahawa kubur itu berbicara setiap hari. Sehingga, jika seorg hmba dikuburkan, maka(kubur) itu berbicara kpdnya sesuai golongannya.Apabila ia seorng mukmin, maka ia pun diajak bicarandgn pmbicaraan yg sesuai dgn kdudukan org-2 yg beriman dan(diperlakukan) dgn perlakuan khusus bg mreka.Jika ia seorg PENDOSA, maka ia pun diajak bicara dgn pmbicaraan yg sesuai dgn kdudukn para pendosa.
                                                       LIHAT SABDA NABI:~~
"Perbanyakkanlah utk mengigat pemusuh segala kenikmatan.Karena, tidaklah berlalu satu hari pun bg sebuah kuburan kecuali ia akan berbicar. Sedangkan perkataannya adalah :
'Aku adalah rumah asing.
Aku adalah rumah kesendiriaan.
Aku adalah rumah tanah.
Aku adalah rumah cacing.' 
Jika yg di kubur adalah hamba yg mukmin, maka(kubur itu) berkata kpdnya :
 "SELAMAT DATANG DAN NJADI KELUARGA."Sesungguhnya engkau adalah org yg paling saya cintai di atas punggung bumi. Jika saya berpaling kpdmu pd hari ini, dan engkau berada di sni, maka engkau akan melihat apa yg saya perbuat kpdmu" 
LALU, KUBURNYA MNJADI LUAS SEJAUH MATA MEMANDANG DAN TERBUKA SYURGA UTKNYA.

Tetapi, apabila yg dikubur adalah hamba yg FAJIR(PENDOSA) DAN KAFIR, MAKA kubur itu kaan mengatakan: 
"SELAMAT DATANG,TAPI TIDAK MENJADI KELUARGA."
Sungguh engkau org yg paling sy bnci dari manusia yg berjln di atas punggung bumi.Jika sy berpaling kpdmu, dan engkau dtg kpdku, maka engkau akan melihat apa yg saya perbuat utkmu.
Beliau bersabda :"LALU, KUBURAN ITU MGHIMPITNYA SHNGGA BERTEMU DAN MEREMUKKAN TULANG-TULANGNYA."
KEMUDIAN RASULULLAH MEMSUKKAN JARI-JARI BELIAU KE DLM RONGGA (SELA-SELA JARI)SEBAHAGIAN..

Beliau bersabda: "Allah menentukan baginya 70 ular. Seandainya salah satu (ular) di antaranya meniup(mnyembur) di bumi, maka tidaklah(bumi) itu menumbuhkan sesuatu, dan bumi ini bisa hancur. Maka, ular itu mematuknya dan mengoyak dgn kukunya hingga ia dibawa menuju hisab.
RASULULLAH BERSABDA:ERTINYA:~"SESUNGGUHNYA KUBUR ITU ADALAH TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, ATAU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA"

ABU HURAIRAH BERKATA:"Kami bersama Rasulullah keluar (mngatar) jenazah.Lalu, beliau duduk (menghadap) kuburan seraya berkata:"Tidaklah datang satu hari pun bagi sebuah kubur melainkan ia akn memanggil dgn suara yg fasih:
 'WAHAI ANAK ADAM BAGAIMANA ENGKAU MELUPAKAN AKU?Tidaklah engkau tahu bhwa aku adalah rumah kesendriaan,rumah keterasingan,rumah keangkeran,rumah cacing-cacing dan rumah kesempitan,kecuali(bagi) org-2 yg Allah luaskan diriku untunnya.'

Kemudian rasulullah bersabda:'Kubur itu(bisa) merupakan taman dari taman-taman syurga, dan (boleh) sebuah lubang dari lubang-lubang neraka"     

Ahad, 6 Jun 2010

Angkara ZIONIS...

bertapa jahatnye sikap israel..snggup membunuh budak kecil yang tiada doa apa-2 pun..
mereka tidak tahu apa-2 pn...kenapa mesti mempelakukan mereka sperti ini...masyAllah

Doalah utk mereka...

Innalillaahiwainnailaihirooji'un...Baru saja team MERCY yg mmbawa doktor-2 dri sluruh dunia mnju palestine dibom oleh israel laknatullah,19 org mati syahid,12 org dktor team MERCY bblum diktemukan.MOHON doanya dri smua umat islam..
kenapa mereka snggup buat saudara kami macam binatang???sdngkn mereka tidak berdosa..masyAllah...
marilah kita sama-2 berdoa agar mereka di lepaskn dan tabahkn lah ati mereka..supaya mereka sabar dgn ujian yg di turunkn oleh Allah yg maha Esa ini...
dgn bantuan dr kita(doa dan solat hajat)..insyAllah..mereka akn selamat...AMIN

Jumaat, 28 Mei 2010

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

Sabtu, 1 Mei 2010

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
........¶¶¶¶¶¶............¶¶¶¶¶¶
....¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶....¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
..¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶........¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶........¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶....¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶ ..¶¶¶¶¶..
....¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
..........¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
..............¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
..................¶¶¶¶¶¶¶¶
......................¶¶¶¶

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan  malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA



Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

mungkin org akn gelakk!!!mgkin jgk ade yg berfikir dan mnyatakn semua ini betul..

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

kecantikan wanita bukan pd rupa paras tetapi....(mata)

Seorang anak laki-laki

kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."


Ahad, 18 April 2010

Cabar Diri Untuk Berjaya

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain


Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?


3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi. 

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
 



allah Pictures, Images and Photos